Pantun ini ditulis oleh saya:
Anak sungai bergabung jadi lautan,
Kampung nelayan jadi bandar dunia;
Dalam hujan kata selamat jalan,
Mari kita tuju bahagia.
Pantun ini tentang nilai gotong-royong, ditunjukkan apabila Encik Lee Kuan Yew meninggal dunia.
Anak sungai sering kechil dan bercabang. Apabila banyak anak sungai mengalir ke laut, mereka berkumpul. Bersama-sama, mereka menjadi lautan yang indah! Begitu juga, Singapura berubah dari kampung nelayan jadi bandar dunia yang indah. Encik Lee Kuan Yew membantu memajukan Singapura.
Seperti anak sungai, rakyat yang bersatu padu boleh menjadikan kesan yang besar di dalam negara seperti Singapura. Walaupun hujan pada hari majlis perpisahan Encik Lee Kuan Yew sangat besar, tetapi ramai rakyat menunggu dan berdiri dengan ketabahan. Mereka ada keinginan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Lee. Pada hari itu, ramai rakyat Singapura membuat keputusan untuk memajukan negara ini. Pada hari kini, kita sudah menyaksikan bagaimana kepergian Encik Lee menyatukan rakyat Singapura dan memotivasi semua rakyat untuk memajukan Singapura sebagai sebuah negara yang sentiasa dihormati oleh negara-negara lain. Baris terakhir pantun bergema lagu kebangsaan Negara Singapura bahwa menyanyi memuliakan sumbangan beliau.
Pantun berikut ditulis oleh Kelicia:
Bintang bersinar terang di langit,
Cahaya menyerlah ke tanah di bawah;
Walaupun kehidupan itu pahit,
Selalu percaya kepada jiwa.
Bintang secara tradisionalnya digunakan untuk navigasi. Apabila bintang bersinar, mereka membawa cahaya ke tanah, dengan itu mereka membantu menerangi jalan yang sering dijalani oleh orang-orang. Oleh itu, cahaya bintang melambangkan sebuah panduan bagi orang-orang yang di atas tanah muka bumi ini.
Dua baris pertama dalam Pantun ini menyarankan bahawa kehadiran manusia adalah seperti bintang, yang dapat memberi cahaya dan bimbingan dalam sebuah perhidupan. Kita boleh memberi cahaya dan bimbingan kepada orang lain dengan mempertunjukkan ahlak yang baik dan menjadi panduan yang baik supaya ia boleh dicontohi oleh orang lain.
Oleh itu, kita harus berusaha untuk mempertahankan panduan dan kepercayaan diri kita ini, walaupun kehidupan itu adalah sangat sukar. Kami perlu hidup dengan jujur dan selalu bersifat baik. Malah pada saat ketika kita mengalami/menghadapi kesusahan dalam perhidupan, hati kita boleh bertindak sebagai bintang dalaman, yang memberikan petunjuk dan cahaya untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
Menonton slaid video kami di sini: